siapa kami?

buat baik hidup baik

Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE) berjiwakan ‘Buat Baik, Hidup Baik’ (Be Kind, Live Kind) menggerakkan jiwa masyarakat untuk terlibat dalam bidang kebajikan, kesukarelawanan dan kemanusiaan sejajar dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (SDG’s) dengan memberi pendedahan dalam bentuk kesedaran sosial dan pembangunan kemahiran.

Golongan B40 adalah keluarga kumpulan berpendapatan isi rumah RM4,860* dan ke bawah. *Takrif baharu daripada MYStat2020


Golongan OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Golongan Pelarian adalah secara umumnya ialah seseorang yang dipaksa/terpaksa untuk merentasi sempadan antarabangsa/sempadan dan tidak dapat pulang ke negara atau petempatan asal atas cabaran konflik mahupun bencana alam.

Golongan Belia adalah merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang.